top of page

TENTANG KAMI

Menyedari tentang perlunya perkhidmatan dobi layan diri yang beroperasi 24 jam amat diperlukan di kawasan Kuala Kangsar terutamanya disekitar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS dulu dikenali sebagai KUISAS), kami berusaha menyediakan perkhidmatan tersebut.



KNZ Laundry bukan merupakan salah satu francais. Kami adalah perniagaan keluarga 100% Bumiputera yang berasal dari Kg Talang Hulu, Kuala Kangsar. 

 

Sebagai perniagaan sendiri yang tergolong dalam kategori IKS, perkhidmatan yang kami sediakan agak kecil dibandingkan dengan francais lain. Walaubagaimanapun kami terus berusaha menyediakan perkhidmatan yang setanding dan ada kalanya melebihi francais lain. 



Dengan bekalan air bertapis dan suci, mesin yang moden dan mudah digunakan; kami pasti dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan.

​

Persekitaran yg bersih dan luas serta berdekatan dengan restoran-restoran memberi kelesaan kepada pelanggan kami



Kami adalah sebahagian dari komuniti setempat dan akan terus mengadakan hubungan sebaik mungkin dengan warga komuniti dan juga pelanggan kami dari serata pelusuk.







© 2016 KNZ LAUNDRY

  • Twitter Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • InstagLogo_edited
bottom of page